Hati ini bisa menyimpan beribu rahsia,
Rahsia hati yang sukar dibongkar dan juga difahami,
Cuma empunya diri yang bisa memahami rahsia hati...
Apapun yang terjadi,
Hati tetap setia menyimpan segala rahsia dan juga perasaan,
Perasaan yang indah, pedih, luka, bahagia dan juga kecewa cinta..
Jika diizinkan Tuhan,
Hati ini mahu juga meronta, berteriak untuk meluah rasa,
Namun rahsia hati tidak mungkin kan terbongkar....
Tiap saat, detik dan ketika,
Hati berjanji tidak akan berkata-kata,
Hanya berkata di dalam hati....
Namun tika hati terusik,
Bisakah hati ini memendam lagi segala apa yang terpendam,
Yang terpendam menjadi rahsia hati....
saya disuruh komen..nak komen ape ek?....
ReplyDeleteHiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintailah sesiapa yang kamu sukai, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Ingatlah bahawa dalam setiap kesukaran itu akan ada kesenangannya.- Ibnu Abbas.