Suka Hati

Pening bila mengenangkan banyak soal hati yang perlu difikirkan..
Persoalan yang timbul sentiasa datang tanpa jawapan,
Apa yang ada di dalam kotak fikiran hanyalah ingin mencari jalan singkat agar hati kembali riang,
Namun tiap kali hati ini cuba untuk dibuka lagi,
Tiap kali itulah ia kecundang...

Luka lama masih belum sembuh lagi...
Dan hati masih tetap mahu mencuba,
Hati ini riang bersama keluarga dan rakan-rakan disisi,
Tetapi hati ini merindukan seorang perindu bernama lelaki...

Sukar untuk hati ini mempercayai lagi,
Walau keinginan untuk hati ini gembira lagi sentiasa ada,
Pelik pabila hati ini tidak serik-serik,
Apapun terjadi, hanya hati yang tahu....

Rahsia Hati

Hati ini bisa menyimpan beribu rahsia,
Rahsia hati yang sukar dibongkar dan juga difahami,
Cuma empunya diri yang bisa memahami rahsia hati...

Apapun yang terjadi,
Hati tetap setia menyimpan segala rahsia dan juga perasaan,
Perasaan yang indah, pedih, luka, bahagia dan juga kecewa cinta..

Jika diizinkan Tuhan,
Hati ini mahu juga meronta, berteriak untuk meluah rasa,
Namun rahsia hati tidak mungkin kan terbongkar....

Tiap saat, detik dan ketika,
Hati berjanji tidak akan berkata-kata,
Hanya berkata di dalam hati....

Namun tika hati terusik,
Bisakah hati ini memendam lagi segala apa yang terpendam,
Yang terpendam menjadi rahsia hati....

Hati-hati

Berwaspadalah wahai Hati,
Jangan kau mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki,
Kelak kau kan binasa....

Bersederhanalah wahai Hati,
Pabila menyayangi hati lelaki,
Kelak kau kan kecewa...

Walau apa pun yang terjadi,
Nasihatku untukmu Hati,
Berhati-hatilah!
Cinta itu bukan mudah kekal di hati...

Hati

Hati menyimpan rasa,
Rasa yang ada kalanya mudah untuk difahami;
Namun, ada jua tika dan saatnya hati ini amat sukar untuk difahami,
Saat itulah sang empunya diri di caci, dikutuk, dimarahi kerana hati yang berperasaan tidak seperti kebiasannya...

Cinta dan Sayang, dua perkara yang zahirnya mudah difahami,
Tetapi awas! Keduanya juga mampu bertindak serta mempengaruhi tindakan dan kejadian diluar jangkaan..

Apa yang pasti, ketika hati ini meratap sendu,
Amat sukat untuk digambarkan dengan kata-kata betapa pilunya hati ini tatkala ia menanggung hiba...

Bila dah Takde Hati...

Bila orang tu dah takde hati kat kita,
Apa semua yang dia janji dia dah lupa;
Dulu masa dia nak kat kita,
Bukan main lagi dia puji kita, kata dia sayang, rindu, kita cantik, baik hati, macam-macam lah!

Tapi sekarang, tiba-tiba dia kata dia tak nak kat kita,
"Tak Mampu La" katanya;

Kepala hotak kau tak mampu!
Malas dah nak semak kepala,
Kau pun bukan ada kat sini;
Bak kata orang putih,
YOU CAN GO TO HELL!!!


Hati Yang Ditinggalkan

Pabila hati ini ditinggalkan,
Aduh! pedihnya bagai ditikam sembilu;
Tanpa mengetahui sebab hati ini ditinggalkan;
Sang pencinta berlalu pergi..

Kau Kejam! Jerit hati;
Tatkala kau inginkanku, aku kau puja bagai bidadari syurga;
Namun pada ketika aku tidak diperlukan,
Kau sisihkan daku umpama pengemis di jalanan...

Semoga Allah merahmatimu...
Hati ini akan sepi tanpa cinta lagi....




Hati Geram

Hati ini geram tatkala memikirkan tentang perbuatanmu terhadapku;
Hati ini terasa kesal atas segala apa yang telah kulakukan untukmu;

Hati ini tidak akan mampu dipujuk lagi;
Sedih, geram, benci, semua perasaan ada;
Apapun terjadi, hati ini bersyukur kerna masih mampu bernafas...

Hati Yang Kecewa

Kecewanya hati kecil ini tatkala terkenang kisah lalu,
Kisah yang dahulunya bisa membuat hati ini girang,
Namun kini, hati masih sepi, masih sendiri,
Walaupun cuba untuk mencari sang bahagia...

Ada yang menanti, ada yang sudah pergi,
Untuk kesekian kalinya, hati berkata:
"Ah! Aku tidak peduli lagi!",
Biarlah hati ini sunyi, biarlah hati ini sepi,
Adapun untuk selamanya...