Suka Hati

Pening bila mengenangkan banyak soal hati yang perlu difikirkan..
Persoalan yang timbul sentiasa datang tanpa jawapan,
Apa yang ada di dalam kotak fikiran hanyalah ingin mencari jalan singkat agar hati kembali riang,
Namun tiap kali hati ini cuba untuk dibuka lagi,
Tiap kali itulah ia kecundang...

Luka lama masih belum sembuh lagi...
Dan hati masih tetap mahu mencuba,
Hati ini riang bersama keluarga dan rakan-rakan disisi,
Tetapi hati ini merindukan seorang perindu bernama lelaki...

Sukar untuk hati ini mempercayai lagi,
Walau keinginan untuk hati ini gembira lagi sentiasa ada,
Pelik pabila hati ini tidak serik-serik,
Apapun terjadi, hanya hati yang tahu....

Rahsia Hati

Hati ini bisa menyimpan beribu rahsia,
Rahsia hati yang sukar dibongkar dan juga difahami,
Cuma empunya diri yang bisa memahami rahsia hati...

Apapun yang terjadi,
Hati tetap setia menyimpan segala rahsia dan juga perasaan,
Perasaan yang indah, pedih, luka, bahagia dan juga kecewa cinta..

Jika diizinkan Tuhan,
Hati ini mahu juga meronta, berteriak untuk meluah rasa,
Namun rahsia hati tidak mungkin kan terbongkar....

Tiap saat, detik dan ketika,
Hati berjanji tidak akan berkata-kata,
Hanya berkata di dalam hati....

Namun tika hati terusik,
Bisakah hati ini memendam lagi segala apa yang terpendam,
Yang terpendam menjadi rahsia hati....

Hati-hati

Berwaspadalah wahai Hati,
Jangan kau mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki,
Kelak kau kan binasa....

Bersederhanalah wahai Hati,
Pabila menyayangi hati lelaki,
Kelak kau kan kecewa...

Walau apa pun yang terjadi,
Nasihatku untukmu Hati,
Berhati-hatilah!
Cinta itu bukan mudah kekal di hati...