Hati Yang Sering Terlupa

Kadang-kadang hati ini sering terlupa akan kebaikan diri sendiri...
Kebaikan yang kadang-kala menjadi kebencian orang lain..

Hati ini sering diuji... diletak dan ditujah ke bawah..
Sakit!! Itu rasanya...

Namun, hati ini sering juga terlupa bahawa kebahagiaan itu mutlak..
Harus sabar menanti dan mencari...

Apapun, hati ini pasrah..
Tatkala termenungkan perihal diri yang masih kecewa...

Dari Hati ke Hati

Semua yang berlaku datangnya dari hati.
Hati yang bersih akan menampakkan hasil yang elok.
Manakala hati yang kurang bersih, hasilnya tidak akan memuaskan hati.

Untuk itu rakan taulan sekalian,
Pastikanlah, hati kita ini sentiasa bersih;
Tiada hasad dengki;
Pepatah ada mengatakan, semua berpunca dari niat..
Dan niat datang dari hati....